RSS

PENGENALAN

SELAMAT DATANG dan terima kasih kepada anda yang sudi menjengah ke ruang blog yang tak seberapa ini.

Blog ini saya bangunkan bagi tujuan untuk berkongsi apa jua maklumat berkaitan kesihatan dan kecantikan yang saya perolehi dari masa ke semasa untuk kita kongsikan bersama, selain mempromosikan aktiviti-aktiviti bisnes yang saya usahakan. Juga diselitkan sedikit dengan aktiviti-aktiviti kehidupan saya bagi mewarnai lagi blog ini. 

Kenapa saya ingin berkongsi maklumat kesihatan dengan anda?

Kerana saya ingin sebarkan betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan anda. Berusahalah untuk mengekalkan kesihatan yang sihat. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Pengalaman suami diserang penyakit kanser pada tahun 2008 sehingga perlu menjalani kemoterapi dan  akhirnya alhamdulillah telah pulih kembali membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua orang untuk terus berfikiran positif dan berusaha apabila diserang penyakit yang ditakuti tersebut. Tidak bererti kehidupan kita telah sampai ke noktahnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Fasa kehidupan yang dialami oleh saya dan suami pada waktu itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Saya berdoa semoga tidak perlu lagi melalui pengalaman tersebut. Perit sekali! Tetapi anda perlu ingat, kita perlu berusaha tetapi Tuhan menentukan yang segalanya.   

Kini saya berusaha untuk menyebarkan kepentingan menjaga kesihatan anda. Saya cuba melalui penulisan blog kerana saya tak berkesempatan untuk bertemu orang ramai setiap hari kerana saya masih lagi seorang yang bekerjaya, seorang isteri dan juga seorang ibu. Masa saya terhad dengan tanggungjawab yang sedia ada itu. Ditambah juga dengan usaha untuk menjadi seorang usahawan bagi memperoleh kehidupan yang lebih bermakna. Kebahagiaan rumahtangga dan anak-anak menjadi keutamaan.

Kepada anda juga, sekiranya ingin berkongsi maklumat dengan saya, amat dialu-alukan. Kepada bekas-bekas pesakit kanser, saya berharap anda bersama-sama saya membantu orang lain. Membantu orang lain mendapat kehidupan yang lebih baik adalah juga satu ibadah.

Semoga coretan saya dapat anda gunakan sebagai panduan. Sudi-sudilah melayari blog ini….

Salam pertemuan dariku,

sihatcantik

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: