RSS

Tag Archives: kesihatan

10 Tanda-tanda Awal Penyakit Kanser

Sedikit info untuk dikongsi bersama:

1. Perubahan dalam corak pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2-3 bulan.

2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.

3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit.

4. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen.

5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.

6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser.

7. Pendarahan luar biasa dari hidung. Pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.

8. Senak atau kesukaran untuk menelan.

9. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.

10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak (10% atau lebih) dalam masa 3-6 bulan.

Sumber : National Cancer Society Malaysia

♥sihatcantik4u

 
Leave a comment

Posted by on June 9, 2011 in Kesihatan

 

Tags: , ,